BUDGET 2008

~PEMBANGUNAN NEGARA

Bajet 2008 telah dijelaskan sebagai tahun ketiga pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesembilan yang berteraskan Misi Nasional. Satu agenda terpenting kerajaan adalah untuk memastikan pembangunan tersebar luas ke seluruh negara.Kerajaan terus menekankan kepada usaha membangunkan negeri Sabah dan Sarawak. Bagi memajukan pelbagai projek di Sabah,kerajaan telah membelanjakan sebanyak 4 billion ringgit. Sejumlah 4 billion ringgit juga disalurkan bagi pembangunan di Sarawak.Bagi melaksanakan sektor pelancongan di Sabah dan Sarawak juga kerajaan telah menyumbang sebanyak 200 juta ringgit yang memanfaatkan kekayaan semulajadi di negeri ini.

Bagi menghapuskan kemiskinan tegar menjelang 2010, sejumlah 214 juta ringgit telah diperuntukkan bagi melaksanakan Skim pembangunan Kesejahteraan Rakyat dengan meningkatkan pendapatan isi rumah, memperkukuhkan pembangunan modal insan serta memberi bantuan perumahan. Bagi mengatasi kemiskinan di bandar,pembinaan rumah kos rendah diperbanyakkan, peningkatan dari segi peluang pekerjaan serta pembaikan kemudahan dan pengangkutan awam. Pelbagai program telah dijalankan bagi merapatkan jurang pembangunan antara kawasan bandar dan luar bandar melalui penyediaan prasarana asas ,seperti jalan raya, bekalan air dan elektrik. Pada tahun akan datang,2008 sebanyak 680 juta untuk pembinaan jalan luar bandar dan jalan kampung., 462 juta untuk projek bekalan air dan elektrik, 70 juta ringgit untuk kemudahan sosial dan 15 juta ringgit bagi pendidikan ICT.

Yang Amat Berhormat turut melahirkan rasa kesyukuran dengan pencapaian pembangunan Negara. Dengan landasan kukuh yang telah dibina bagi mencipta kejayaan yang lebih besar ke arah mencapai Misi Nasional.

No posts.
No posts.